My Blog List

Monday, July 2, 2012

daie dan israk mik

sekadar perkongsian..dipetik drpd 1 blog...

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Surah Al-Isra : 1)
Al-Isra bermaksud perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin manakala Al-Mikraj pula membawa maksud perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.
Peristiwa Isra Mikraj merupakan suatu peristiwa yang seharusnya mengukuhkan aqidah umat Islam. Pelbagai persoalan yang akan mengugat keimanan seorang muslim sekiranya mereka tidak mempunyai keimanan yang utuh kepada Allah seperti :
“Bagaimanakah seorang manusia mampu bergerak berjuta-juta kilometer pada satu malam?”
“Adakah masuk akal seorang manusia mampu naik ke langit tanpa bantuan pernafasan sedangkan komposisi oksigen semakin berkurangan dengan ketinggian altitude?”
Persoalan-persoalan seperti di atas tidak mampu dijawab hanya berlandaskan logik akal semata-mata, namun ia perlulah dipandu oleh wahyu. Peristiwa Isra dan Mikraj ini merupakan suatu mukjizat (perkara luar biasa) yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai bukti kekuasaan Allah SWT.
..dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Fath : 21)  
Seorang daie perlu memahami dan menghayati kisah ini. Peristiwa Isra dan Mikraj merupakan suatu peristiwa agung yang terkandung didalamnya 1001 pengajaran, sebagai bekalan dan motivasi dalam mengembalikan semangat untuk terus memacu amal Islami sehingga umat ini akan kembali menghayati dan mengamalkan prinsip dan sistem Islam dalam segenap aspek kehidupan seterusnya mengembalikan hegemoni Islam di muka bumi ini.
1) Daie semestinya memiliki hati dan jiwa yang bersih
Sebelum berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj, Rasulullah SAW telah dibedah dadanya oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu, dan iman ke dalam dada Baginda Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Peristiwa ini merupakan symbol dan isyarat kepada manusia pada hari ini, agar melazimi proses penyucian hati dan jiwa dengan :
a) Perbanyakkan taubat nasuha kepada Allah SWT
b) Menjauhi perkara-perkara haram seperti riba’, zina, makanan yang haram dan lain-lain
c) Tidak pecah amanah dan menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi
d)Menjaga lisan daripada mengumpat, berkata dusta, mengadu domba dan menjadi punca kepada perbalahan umat
e) Berakhlaq dengan sosok peribadi muslim yang unggul
Kesannya, maka akan lahirlah daie qudwah yang mampu mengesani masyarakat sekelilingnya. Segala gerak tubuhnya dan kata-katanya merupakan terjemahan daripada Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW.
2) Daie perlu mengikat dirinya dengan Allah SWT
Hal ini merupakan suatu kemestian bagi mereka yang bergelar daie. Ia boleh dicapai apabila para daie sentiasa menjaga solat mereka secara konsisten di awal waktu, khusyuk ketika melaksankannya dan melazimi jemaah di masjid. Kerana solat itu merupakan tiang dan asas kepada Islam. Solat juga membezakan antara seorang muslim dan sebaliknya. Solat merupakan suatu ibadah yang sangat istimewa berbanding ibadah-ibadah yang lain, dimana pensyariatannya adalah secara terus kepada Baginda sebagai hadiah teristimewa  setelah selesai menjalani peristiwa mikraj. Daie yang mengimpikan umatnya faham tentang Islam tidak akan sesekali memandang enteng akan kepentingan solat.  Ingatlah pesan Imam As-syahid Hasan Al-Banna :
“Apabila mendengar azan maka bangunlah solat serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.”
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (Surah Al Mukminun : 1-2)
3) Daie perlu optimis dan yakin kepada Allah SWT
Peristiwa isra dan mikraj ini berlaku pada tahun dukacita bagi Rasulullah SAW kerana pada tahun itu Baginda telah kehilangan isteri dan pak ciknya yang tercinta. Ditambah pula dengan penderitaan yang dialami Baginda yang dating daripada kaumnya sendiri. Oleh sebab itulah, Allah SWT telah mengurniakan kepada Baginda suatu mukjizat dan menjemput baginda sebagai tetamu langit sebagai penawar kepada kedukaan Baginda. Hayatilah pengajaran disebalik perkara ini wahai daie sekalian,apabila golongan yang bertaqwa diberi jalan keluar yang tidak disangka-sangka oleh Allah SWT. Sesungguhnya pertolongan Allah SWT akan tiba selepas mengharungi segala ujianNya dengan penuh kesabaran. Yakinlah wahai daie bahawa pertolongan Allah SWT itu sangat dekat.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Surah Al Baqarah : 124)
4) Daie harus peka dengan keadaan umat Islam
Peristiwa isra dan mikraj memperlihatkan kepentingan Masjid Al-Aqsa yang menjadi satu destinasi Rasulullah, pintu masuk sebelum diangkat ke sidratul muntaha. Hal ini menunjukkan kepentingan Masjid al-Aqsa yang kini dibawah penguasaan golongan Yahudi Zionis. Ramai pejuang Islam telah gugur syahid untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengakaman Yahudi Zionis. Isu ini merupakan isu aqidah dan ketidakpekaan terhadap isu ini menunjukkan kecacatan aqidah kita terhadap urusan saudara seaqidah kita di buumi perjuangan sana. Di samping itu, kita juga tidak boleh melupakan nasib saudara kita di tempat-tempat lain du bumi ini. Lihatlah bagaimana nasib umat Islam di bumi Syria dibawah kekejaman rejim Al-Assad. Sedarkah kita akan  nasib yang melanda  umat Islam Rohingya di Myanmar kini?
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya.”(Hadith riwayat Bukhari)
Oleh sebab itu, perjuangan di jalan Allah merupakan jalan bagi merealisasikan harapan dan cita-cita untuk  melimpahkan rahmat dan keadilan ke atas muka bumi. Jihad merupakan kewajipan setiap muslim dan tidak boleh dikesampingkan. Hayatilah balasan 3 orang sahabat Nabi Muhammad yang tidak berangkat ke perang Tabuk dan lihatlah bagaimana reaksi Rasulullah SAW terhadap mereka. Perkara ini menunjukkan kepada umat Islam tentang kepentingan seruan Jihad sebagai salah satu syiar yang seharusnya menjadi laungan kepada umat Islam.
“Krisis yang melanda kita tidak lain hanya kerana kita cintakan dunia dan takutkan kematian. Persiapkanlah diri kamu untuk tugas yang besar dan bercita-citalah untuk mati, nescaya kamu akan diberi kehidupan.” (Bingkisan Jihad, Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna)
 Oleh itu wahai daie sekalian, ayuh bersama kita teruskan usaha yang mulia ini, inilah jalan kita dan janganlah kita malu dan segan dengannya. Angkatlah panji Islam dengan bangganya, sebarkan dakwah Islam seluas-luasnya, perbaikilah diri dan seulah kea rah kebaikan. Semoga peristiwa Isra dan Mikraj menjadi inspirasi dalam usaha untuk membangun umat beragenda!
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Surah Yusof : 108)
Oleh :
Muhammad Hashemi Dahalan Md Razip
Pengerusi
Ikatan Muslimin Malaysia Jordan
Sumber: Laman Web ISMA Jordan

Friday, November 4, 2011

PeNaNANtIAN...

Menghitung hari..36 hari lagi...
Mungkinkah akan menjadi milikku???!!!
Ataupun terus menjadi milikmu selama-lamanya....
debar + risau,,,berbaur,,,,

hanya mampu berdoa..
segala-galanya bertukar menjadi satu berita gembira..
ku sedar semuanya milik Allah..
bergantung pada-Nya sama ada
bisa meminjamkan semula ataupun tidak..

Tabahlah hati,,kuatlah diri..
Moga kebergantunganku semata-mata pada Mu Allah..






Thursday, September 22, 2011

Bagaimana untuk berbuat???!!!


Bertemu semula kita membincangkan sambungan post semalam..em macamana dikatakan sebagai seorang daie iaitu seorang yang mengajak ke arah kebaikan dan melarang ke arah kemungkaran.?Dengan istilah yang lebih berat di mata masyarakat kita hari ini ialah dakwah. Sebenarnya dakwah  ini bukanlah satu perkataan yang asing dan terlalu berat di mata masyarakat kerana semua orang mampu berdakwah cuma sikit ataupun banyak kadarnya. Dakwah itu membawa pengertian kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah swt sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. jadi, semua orang mampu mengajak orang seperti kanak-kanak berumur 7 tahun dalam post sebelum ini. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.
Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata "Ilmu" dan kata "Islam", sehingga menjadi "Ilmu dakwah" dan Ilmu Islam" atau ad-dakwah al-Islamiyah.



Mengajak orang ke arah kebaikan dan melarang ke arah kemungkaran ada banyak cara antaranya :


Dakwah Fardiah
Dakwah Fardiah merupakan metode dakwah yang dilakukan seseorang kepada orang lain (satu orang) atau kepada beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terbatas. Biasanya dakwah fardiah terjadi tanpa persiapan yang matang dan tersusun secara tertib. Termasuk kategori dakwah seperti ini adalah menasihati teman sekerja, teguran, anjuran memberi contoh. Termasuk dalam hal ini pada saat mengunjungi orang sakit, pada waktu ada acara tahniah (ucapan selamat), dan pada waktu upacara kelahiran (tasmiyah). 
Dakwah Ammah
Dakwah Ammah merupakan jenis dakwah yang dilakukan oleh seseorang dengan media lisan yang ditujukan kepada orang banyak dengan maksud menanamkan pengaruh kepada mereka. Media yang dipakai biasanya berbentuk khutbah (pidato).
Dakwah Ammah ini kalau ditinjau dari segi subyeknya, ada yang dilakukan oleh perorangan dan ada yang dilakukan oleh organisasi tertentu yang berkecimpung dalam soal-doal dakwah.
Dakwah bil-Lisan
Dakwah jenis ini adalah penyampaian informasi atau pesan dakwah melalui lisan (ceramah atau komunikasi langsung antara subyek dan obyek dakwah). dakwah jenis ini akan menjadi efektif bila: disampaikan berkaitan dengan hari ibadah seperti khutbah Jum'at atau khutbah hari Raya, kajian yang disampaikan menyangkut ibadah praktis, konteks sajian terprogram, disampaikan dengan metode dialog dengan hadirin.
Dakwah bil-Haal
Dakwah bil al-Hal adalah dakwah yang mengedepankan perbuatan nyata. Hal ini dimaksudkan agar si penerima dakwah (al-Mad'ulah) mengikuti jejak dan hal ikhwal si Da'i (juru dakwah). Dakwah jenis ini mempunyai pengaruh yang besar pada diri penerima dakwah.
Pada saat pertama kali Rasulullah Saw tiba di kota Madinah, beliau mencontohkan Dakwah bil-Haal ini dengan mendirikan Masjid Quba, dan mempersatukan kaum Anshor dan kaum Muhajirin dalam ikatan ukhuwah Islamiyah.
Dakwah bit-Tadwin
Memasuki zaman global seperti saat sekarang ini, pola dakwah bit at-Tadwin (dakwah melalui tulisan) baik dengan menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah, internet, koran, dan tulisan-tulisan yang mengandung pesan dakwah sangat penting dan efektif.
Keuntungan lain dari dakwah model ini tidak menjadi musnah meskipun sang dai, atau penulisnya sudah wafat. Menyangkut dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada
 Dakwah bil Hikmah
Dakwah bil Hikmah Yakni menyampaikan dakwah dengan cara yang arif bijaksana, yaitu melakukan pendekatan sedemikian rupa sehingga pihak obyek dakwah mampu melaksanakan dakwah atas kemauannya sendiri, tidak merasa ada paksaan, tekanan maupun konflik. Dengan kata lain dakwah bi al-hikmah merupakan suatu metode pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan atas dasar persuasif.
Dalam kitab al-Hikmah fi al dakwah Ilallah ta'ala oleh Said bin Ali bin wahif al-Qathani diuraikan lebih jelas tentang pengertian al-Hikmah, antara lain:
Menurut bahasa:
adil, ilmu, sabar, kenabian, Al-Qur'an dan Injil
memperbaiki (membuat manjadi lebih baik atau pas) dan terhindar dari kerusakan
ungkapan untuk mengetahui sesuatu yang utama dengan ilmu yang utama
objek kebenaran(al-haq) yang didapat melalui ilmu dan akal
pengetahuan atau ma'rifat.
Menurut istilah Syar'i:
valid dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, wara' dalam Dinullah, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat. 

Jadi, ayuhlah kita mulakan perjuangan sekarang juga. Pilihlah cara yang mana kita rasa senang dan mampu utk kita lakukan. Yang penting sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk berbuat dan bukannya hanya duduk bergoyang kaki dan memberi alasan...

Jadilah pejuang dakwah, tidak sekadar penikmat dakwah atau pendukung dakwah. Jadilah seorang muslim mujahid (muslim pejuang), bukan muslim qa’id (muslim yang duduk). Tidaklah sama seseorang yang berjihad di jalan Allah dengan orang-orang yang hanya duduk tidak berbuat sesuatu untuk agama Allah.

Wednesday, September 21, 2011

SeHeMbUs NaFaS UtKmu DaIe....

Salam..
Ana bukanlah seorg yg pandai mengatur huruf2 membentuk sebuah penulisan yg indah...Namun disebabkan sudah lama ana tidak mengirimkan sesuatu di sini buat tatapan diri dan yg lain, ana mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sebuah cerita yg pernah ana baca yg diberikan oleh seorang sahabat. Moga cerita ini menjadi pengajaran n muhasabah kepada kita yg bergelar daie di muka bumi ini...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.




Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.




Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"




Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"




"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"




"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"




Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"




Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"




Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"




"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.




Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.




Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.




Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.




Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"




Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.




"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.




"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.




Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"




Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.




"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.




"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".




"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"




"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".




"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan


makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".




"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".




"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"




Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!




 
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.




Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.




Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Wahai sahabat2ku sekiranya kanak-kanak kecil ini mampu menyampaikan sesuatu masakan kita yang dewasa dikurniakan tubuh badan yang sihat lagi kuat dan akal yang cergas lagi matang ini tidak mampu berbuat sesuatu...Sesungguhnya kerja yang diamanahkan ini merupakan perniagaan yg paling menguntungkan. Kebaikan yang disampaikan yang diamalkan oleh orang lain akan mengalir pahala walaupun kita tidak berbuat apa-apa ketika itu. Umpama skim cepat kaya labur 10 ribu akan berganda2 jadi beratus ribu..Ayuh rebutlah ganjaran ini.
Mengutip tulisan di buku “Quantum Tarbiyah”, janganlah kita menjadi  pemuda manja.Pemuda yang tidak bersedia memikul beban, padahal tentangan dakwah semakin berat. Apalagi kebatilan terus melakukan konsolidasi dengan cepat, rapat dan tepat. Jangan menjadi pemuda manja yang serba tidak siap, serba tidak bisa disuruh apa saja semuanya tidak boleh dan tak mahu, titik! Manja, karena ilmunya disayangi sendiri, tidak diwariskan pada yg lain. Manja, tidak segera membina untuk mewariskan ilmunya. Manja karena kalau diberi amanah tidak profesional. Bila disuruh membina malah “membinasakan”. Ketika binaan datang dia tidak datang.
 
Hidup ini pilihan, perjuangan dan pertanggungjawaban. Kita sendiri yang menentukan setiap pilihan. Kita sendiri juga yang menentukan prioriti kepentingan kita. Bukan kita yang diatur oleh waktu dan pekerjaan kita, tetapi kitalah yang mengatur waktu dan pekerjaan kita. Kita tidak akan punya waktu jika kita tidak berusaha menyempatkannya. Tidak ada  alasan sibuk. Memang tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bisa bermula dari tarbiyah








Sunday, May 15, 2011

UjIaN dUnIA yg MenJelMA : EXAM!!!!!!

Minggu ini minggu peperiksaan.. lagi 2 minggu untuk menghabiskan sisa-sisa hari menempuh peperiksaan dan akhirnya dapat bercuti ke kampung...walau bagaimanapun, dua minggu ini sangat perit untuk dihadapi. Namun satu hakikat yg pasti disedari walau bagaimana perit dan susahpun dirasai, ini hanyalah peperiksaan kecil berbanding peperiksaan di akhirat kelak. sekiranya peperiksaan kali ni memerlukan berapa banyak usaha sebagai penentu kejayaan..begitu juga di akhirat kelak,,,utk berjaya memerlukan usaha amalan yg banyak utk dibentangkan di hadapan Allah.
Ayuh sama-samalah kita menelusuri 10 petua peperiksaan yang ana dapat dari blog seorang hambaAllah ketika ana diamanahkan untuk memberi pengisian Malam Solat Hajat Asrama.

1.            Taqwa kepada Allah
 Tanpa ada rasa taqwa yakni takut pada Allah, sia-sia sahaja kita menduduki peperiksaan. Kerana nilai taqwa dibalas janji kukuh dari Allah dengan pertolonganNya.  Malah, ianya adalah perintah dari Allah. Tidak percaya?  Firman Allah:
“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).” ( Surah Al-Talak:2 )
“..sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.” ( Surah Al-Talak: 4 )
“Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” ( Surah Al-Nisa’ : 131 )
Dah Dia yang memiliki bumi dan langit, pastinya kertas peperiksaan hanyalah benda remeh yang kecil. Jadi, bertaqwalah kamu sebelum kamu menjawab peperiksaan.  Allah tidak pernah menipu kalau Dia kata ada jalan keluar dan Dia nak mudahkan lagi urusan kita. Yakinlah.

2.            Berusaha – diajar, belajar dan mengajar
Sebuah kejayaan tidak akan tercipta tanpa perlu berusaha, tanpa berpenat lelah. Tiada sebarang ragu lagi. Berusahalah dengan apa cara sekalipun. Terima apa yang diajar dengan baik, belajar dengan bersungguh, kemudian kita ajarkan kembali ilmu yang kita dapat pada sahabat-sahabat yang tidak memahami. Man jadda wajada. Siapa berusaha, dia berjaya. Konsep mudah. Begitu juga perniagaan, tiada jalan mudah cepat kaya hanya dengan modal malas dan goyang kaki. 

3.            Lillahi Taala
Perlu malah saya hukumkan wajib mulakan apa usaha sekalipun, persediaan dari segi mental dan fizikal; niat itu adalah kerana Allah Taala. Dengan lafaz bismillah mulakan persiapan-persiapan dan muzakarah serta ulangkaji peperiksaan. Bayangkan Allah bersama kita dalam setiap pembacaan dan penulisan kita. Jauhkan sikap ber “akan”, “nanti”, “rilek dulu”, “lambat lagi”, semua ini hanya membantut. Allah tidak menunggu orang yang bermalas-malasan. Maut juga tidak menunggu biar satu saat pun. 

4.            Harapkan Taufiq dariNya Sentiasa
Dalam berusaha, perlu sentiasa minta pertolongan Allah. Jangan biar sedetik pun berlalu tanpa mengharap taufik dari Allah. Ingat, walau sekuat mana kita berusaha tapi jika Allah tak redha, kita tidak akan berjaya melepasi halangan yang tidak tersangka-sangka. Kejayaan mutlak  adalah di tangan Allah, mintalah dengan sungguh-sungguh hati kejayaan itu agar dianugerahkan ke tangan kamu pula.
Firman Allah:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” ( Surah Al-Baqarah: 186 )
Jadi, doalah kawan-kawan. Doa setiap masa. Sebelum baca, selepas baca, ketika baca. Doa jangan berhenti di dalam hati. Barulah terasa kebersamaan dengan Allah dan sekaligus meranapkan rasa terlalu mengagungkan sistem peperiksaan. Ingat, kita adalah hamba selamanya. 

5.            Bunuh Bisikan Yang Membunuh Semangat
Dalam masa kita tengah penuh aura kesungguhan, ya sudah pasti syaitan dan nafsu merasuk fikiran. “Malaslah”, “kamu takkan berjaya”, “kalau dah bodoh, belajar pun tak guna, baik tidur” dan macam-macam lagi akan datang mengganggu. Senjatanya mudah, zikrullah. Dalam kesibukan kita menelaah pelajaran, luangkan sedikit masa 30 saat atau kurang menyebut “Allah..Allah..Allah..Ya Allah..”. Itu dah kira zikrullah. Zikrullah inilah yang akan membunuh rasukan-rasukan yang membunuh semangat! Tidak percaya juga? Firman Allah:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” ( Surah Al-Ra’d:28 )
Nah, bukti sudah terpampang. Percayalah kawan-kawan zikrullah itu menenangkan jiwa. Membantu anda sukses dalam peperiksaan dan dalam apa sekalipun!

6.            Trick ketika menjawab kertas peperiksaan
Mulakan dengan doa, cari soalan yang mudah dan buat apa yang kamu yakin kamu mampu dulu.  Kemudian, anda akan menghadapi beberapa kesulitan normal berikut;
Andai terlupa jawapan, terlupa kata kunci yang penting dalam kepala, caranya adalah dengan sebut nama Allah ( berzikir ringkas adalah suggestion ). Firman Allah:
“..dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.” ( Surah Al-Kahfi : 24 )
Kedua, bila terserempak soalan yang sangat susah sampai dalam hati kata, “Allah, tak tahu nak jawab macam mana dah yang ni..” Bacalah doa ringkas ini dari hadis mursal :
اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
“Ya Allah! Sesungguhnya tiada kesusahan melainkan Engkau jualah yang menjadikannya mudah dan Engkau jualah yang menjadikan kesedihan-kedukaan itu sebagai mudah jika Engkau kehendaki.”
Alternatif, Ibnu Taimiyyah pula mengamalkan doa ini ketika beliau lupa dan dalam kesulitan:
اللهم يا معلم إبراهيم علمني ، ويا مفهم سليمان فهمني
“Ya Allah! Mahaguru kepada Nabi Ibrahim ajarilahku, Maha Pemaham kepada Nabi Sulaiman fahamkanlah daku.”
Sebenarnya, ada banyak lagi doa yang mungkin membantu. Apa lagi, robeklah buku-buku doa yang ada. Penulis cadangkan buku “Doa-doa kesukaan Nabi Muhammad SAW” oleh Imam Nawawi, boleh beli di kedai buku atau MPHonline.com. 


7.            Jangan Meniru
Plagiat atau meniru dalam apa bentuk sekalipun adalah antara tanda-tanda lemah iman. Dahlah tidak cukup berusaha, mahu mencuri hasil usaha orang lain pula! Malulah! Dapat rendah tidak mengapa, jangan direndahkan Allah di padang mahsyar nanti sudahlah. Kenapa terjadi plagiat ini? Kerana penerimaan tarbiyah diri yang tidak sempurna. Kerana tidak yakin pada Allah. Kerana terasuk oleh bisikan syaitan. Sabda Nabi SAW tentang meniru,
من غش فليس منا
Sesiapa berdusta ( tipu dalam bentuk meniru ), bukanlah dari golongan kami ( orang Islam dan para salaf )” ( Hadis Muslim )
Dan mereka yang mengesan perbuatan terkutuk ini, harus mengikuti perintah Nabi SAW:
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan kamu, jika tidak mampu maka dengan lidahmu, jika tidak mampu juga maka bencilah dengan hati kamu dan itu adalah selemah-lemah iman.”
8.            Tangani sifat malas
Kriteria ini tidak perlu dibahas lagi. Seeloknya sifat malas ini dibanteras oleh orang terdekat dengan kamu. Contoh seperti ibu merotan anaknya yang malas solat. Jadi, jika ibu yang berada dekat dengan kamu, wajarlah si ibu merotan anaknya yang malas berusaha untuk peperiksaan. 
 
9.            Ingat, kejayaan dunia jua kejayaan akhirat jika kena pada tempatnya
Firman Allah:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas:77 )
InsyaAllah, jika najah di dunia ( dah berjaya dan beroleh kejayaan dalam bentuk material, wang ringgit, pangkat dsb ) yang mana kena dengan saranan syarie dan dengan kehendak Allah, kamu akan memperoleh kejayaan di akhirat sana sebagaimana Allah janji. Biiznillah. Pakat-pakat doa moga kejayaan kita itu adalah kejayaan yang dirahmati Allah. Bukan dimurkai dan sia-sia. 
10.          Redha Dengan Suratan Takdir
Sabda Nabi SAW: 
ان لو تفتح عمل الشيطان
“Sesungguhnya “kalau/andai/sekiranya” akan membuka pintu kepada amalan syaitan” ( Hadis Sahih )
Janganlah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Tak perlulah kata, “Allah, ‘kalau’la aku jawab macam ini..’, ‘kalaulah aku baca yang ini..’. Redha dengan qada dan qadar.  Redhalah akan ketentuan Allah. Yang penting, kita dah berusaha. Jangan gusar, pasti kejayaan akan jadi milik kita suatu hari nanti. Lambat atau bangat (cepat ) sahaja.  Positifkan dirimu!
Akhir sekali, penulis berdoa kepada Allah dengan rasa hina diri dan rendah hati sesuai dengan firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

Sunday, April 10, 2011

kadang2

kadang2 kita rasa kita perlukan perhatian yang teramat sangat...
kadang2 kita mahukan dibuktikan kasih sayang itu...
kadang2 kita rasa kita sentiasa mahu di samping seseorang,,,
kadang2 kita mahukan  dijaga dan ditemani sentiasa...
kadang2 kita perlukan seseorang utk menemani kesunyian itu...
sehingga kadang2 kita rasa kesedihan, kesepian hilang arah tuju...
sehingga kadang2 merasakan tiada siapa yang sayang pada diri kita...
TETAPI....
hakikatnya kita sebenarnya sedang merindui kasih sayangNya...
hakikatnya kita perlukan Allah dalam setiap detik berlalu
lhakikatnya kita ingin ditemani Allah...


Ya Allah pinjamkan aku semula kasih & cintaMu kepadaku..
aku tak rela ditinggalkan Mu dari kasih dan rahmatmu..
aku begitu rindukan kasihMU...


tambahan dari petikan yang dipetik drpd blog wavewsa

• Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu...

• Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu...

• Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu...

• Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...


• Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu...

• Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

• Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya...

• Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...

• Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu..









Tuesday, March 22, 2011

Sebuah Kerinduan...



Aku rindu dia..
sudah lama kami tidak bersama bermsg bersama2,,
berkongsi 1001 suka dan duka..
menyuntik segunung semangat
melerai sejuta masalah

Kebelakangan ini,
yang ada hanyalah msg 1,2
di kala ada saat yang terluang

Aku rindu dia,,
aku yakin diapun sama,
dia ada memberitahuku jua,,
namun hambatan tanggungjawab dan amanah yg byak,
kami tidak ada masa utk bersama,
berborak panjang..
tika ku msg dia kesibukan,
tika dia msg aku kesibukan...

teman,,
aku sangat rindukan kau,,
kaulah sahabatku dunia akhirat...
di kala 1 nikmat tuhan ini ditarik sementara...

ya Allah,
satukanlah hati2 kami semula,
agar dpat kami mendukung dakwah perjuanganMu,,
menuju kasih Ilahi..
terima kasih Ya Allah menghadiahkan aku erti sebuah persahabatan yg sgt bermakna..

"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman) walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana. ... (surah Al-anfal:63)"