Minggu ini minggu peperiksaan.. lagi 2 minggu untuk menghabiskan sisa-sisa hari menempuh peperiksaan dan akhirnya dapat bercuti ke kampung...walau bagaimanapun, dua minggu ini sangat perit untuk dihadapi. Namun satu hakikat yg pasti disedari walau bagaimana perit dan susahpun dirasai, ini hanyalah peperiksaan kecil berbanding peperiksaan di akhirat kelak. sekiranya peperiksaan kali ni memerlukan berapa banyak usaha sebagai penentu kejayaan..begitu juga di akhirat kelak,,,utk berjaya memerlukan usaha amalan yg banyak utk dibentangkan di hadapan Allah.
Ayuh sama-samalah kita menelusuri 10 petua peperiksaan yang ana dapat dari blog seorang hambaAllah ketika ana diamanahkan untuk memberi pengisian Malam Solat Hajat Asrama.
1. Taqwa
kepada Allah
Tanpa ada rasa taqwa
yakni takut pada Allah, sia-sia sahaja kita menduduki peperiksaan. Kerana nilai
taqwa dibalas janji kukuh dari Allah dengan pertolonganNya. Malah, ianya adalah perintah dari Allah. Tidak
percaya? Firman Allah:
“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).”
( Surah Al-Talak:2 )
“..sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah
memudahkan baginya segala urusannya.” ( Surah Al-Talak: 4 )
“Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang
diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah
bertaqwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah)
sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” ( Surah
Al-Nisa’ : 131 )
Dah Dia yang memiliki bumi dan langit, pastinya kertas
peperiksaan hanyalah benda remeh yang kecil. Jadi, bertaqwalah kamu sebelum
kamu menjawab peperiksaan. Allah tidak
pernah menipu kalau Dia kata ada jalan keluar dan Dia nak mudahkan lagi urusan
kita. Yakinlah.
2. Berusaha
– diajar, belajar dan mengajar
Sebuah kejayaan tidak akan tercipta tanpa perlu berusaha,
tanpa berpenat lelah. Tiada sebarang ragu lagi. Berusahalah dengan apa cara
sekalipun. Terima apa yang diajar dengan baik, belajar dengan bersungguh,
kemudian kita ajarkan kembali ilmu yang kita dapat pada sahabat-sahabat yang
tidak memahami. Man jadda wajada. Siapa berusaha, dia berjaya. Konsep mudah.
Begitu juga perniagaan, tiada jalan mudah cepat kaya hanya dengan modal malas dan
goyang kaki.
3. Lillahi
Taala
Perlu malah saya hukumkan wajib mulakan apa usaha sekalipun,
persediaan dari segi mental dan fizikal; niat itu adalah kerana Allah Taala.
Dengan lafaz bismillah mulakan persiapan-persiapan dan muzakarah serta
ulangkaji peperiksaan. Bayangkan Allah bersama kita dalam setiap pembacaan dan
penulisan kita. Jauhkan sikap ber “akan”, “nanti”, “rilek dulu”, “lambat lagi”,
semua ini hanya membantut. Allah tidak menunggu orang yang bermalas-malasan.
Maut juga tidak menunggu biar satu saat pun.
4. Harapkan
Taufiq dariNya Sentiasa
Dalam berusaha, perlu sentiasa minta pertolongan Allah.
Jangan biar sedetik pun berlalu tanpa mengharap taufik dari Allah. Ingat, walau
sekuat mana kita berusaha tapi jika Allah tak redha, kita tidak akan berjaya
melepasi halangan yang tidak tersangka-sangka. Kejayaan mutlak adalah di tangan Allah, mintalah dengan
sungguh-sungguh hati kejayaan itu agar dianugerahkan ke tangan kamu pula.
Firman Allah:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku
maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada
mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa
kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu)
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
( Surah Al-Baqarah: 186 )
Jadi, doalah kawan-kawan. Doa setiap masa. Sebelum baca,
selepas baca, ketika baca. Doa jangan berhenti di dalam hati. Barulah terasa
kebersamaan dengan Allah dan sekaligus meranapkan rasa terlalu mengagungkan
sistem peperiksaan. Ingat, kita adalah hamba selamanya.
5. Bunuh
Bisikan Yang Membunuh Semangat
Dalam masa kita tengah penuh aura kesungguhan, ya sudah
pasti syaitan dan nafsu merasuk fikiran. “Malaslah”, “kamu takkan berjaya”,
“kalau dah bodoh, belajar pun tak guna, baik tidur” dan macam-macam lagi akan
datang mengganggu. Senjatanya mudah, zikrullah. Dalam kesibukan kita menelaah
pelajaran, luangkan sedikit masa 30 saat atau kurang menyebut
“Allah..Allah..Allah..Ya Allah..”. Itu dah kira zikrullah. Zikrullah inilah
yang akan membunuh rasukan-rasukan yang membunuh semangat! Tidak percaya juga?
Firman Allah:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram
hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan
"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” ( Surah
Al-Ra’d:28 )
Nah, bukti sudah terpampang. Percayalah kawan-kawan
zikrullah itu menenangkan jiwa. Membantu anda sukses dalam peperiksaan dan
dalam apa sekalipun!
6. Trick
ketika menjawab kertas peperiksaan
Mulakan dengan doa, cari soalan yang mudah dan buat apa yang
kamu yakin kamu mampu dulu. Kemudian,
anda akan menghadapi beberapa kesulitan normal berikut;
Andai terlupa jawapan, terlupa kata kunci yang penting dalam
kepala, caranya adalah dengan sebut nama Allah ( berzikir ringkas adalah
suggestion ). Firman Allah:
“..dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau
lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang
lebih dekat dan lebih terang dari ini.” ( Surah Al-Kahfi : 24 )
Kedua, bila terserempak soalan yang sangat susah sampai
dalam hati kata, “Allah, tak tahu nak jawab macam mana dah yang ni..” Bacalah
doa ringkas ini dari hadis mursal :
اللهم لا سهل إلا
ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
“Ya Allah! Sesungguhnya tiada kesusahan melainkan Engkau jualah yang menjadikannya mudah dan Engkau jualah yang menjadikan kesedihan-kedukaan itu sebagai mudah jika Engkau kehendaki.”
“Ya Allah! Sesungguhnya tiada kesusahan melainkan Engkau jualah yang menjadikannya mudah dan Engkau jualah yang menjadikan kesedihan-kedukaan itu sebagai mudah jika Engkau kehendaki.”
Alternatif, Ibnu Taimiyyah pula mengamalkan doa ini ketika
beliau lupa dan dalam kesulitan:
اللهم يا معلم
إبراهيم علمني ، ويا مفهم سليمان فهمني
“Ya Allah!
Mahaguru kepada Nabi Ibrahim ajarilahku, Maha Pemaham kepada Nabi Sulaiman
fahamkanlah daku.”
Sebenarnya, ada banyak lagi doa yang mungkin membantu. Apa
lagi, robeklah buku-buku doa yang ada. Penulis cadangkan buku “Doa-doa
kesukaan Nabi Muhammad SAW” oleh Imam Nawawi, boleh beli di kedai buku atau
MPHonline.com.
7. Jangan
Meniru
Plagiat atau meniru dalam apa bentuk sekalipun adalah antara
tanda-tanda lemah iman. Dahlah tidak cukup berusaha, mahu mencuri hasil usaha
orang lain pula! Malulah! Dapat rendah tidak mengapa, jangan direndahkan Allah
di padang mahsyar nanti sudahlah. Kenapa terjadi plagiat ini? Kerana penerimaan
tarbiyah diri yang tidak sempurna. Kerana tidak yakin pada Allah. Kerana
terasuk oleh bisikan syaitan. Sabda Nabi SAW tentang meniru,
من غش فليس منا
“Sesiapa berdusta ( tipu dalam bentuk meniru ), bukanlah
dari golongan kami ( orang Islam dan para salaf )” ( Hadis Muslim )
Dan mereka yang mengesan perbuatan terkutuk ini, harus
mengikuti perintah Nabi SAW:
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka tegahlah dengan
tangan kamu, jika tidak mampu maka dengan lidahmu, jika tidak mampu juga maka
bencilah dengan hati kamu dan itu adalah selemah-lemah iman.”
8. Tangani
sifat malas
Kriteria ini tidak perlu dibahas lagi. Seeloknya sifat malas
ini dibanteras oleh orang terdekat dengan kamu. Contoh seperti ibu merotan
anaknya yang malas solat. Jadi, jika ibu yang berada dekat dengan kamu,
wajarlah si ibu merotan anaknya yang malas berusaha untuk peperiksaan.
9. Ingat,
kejayaan dunia jua kejayaan akhirat jika kena pada tempatnya
Firman Allah:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah
dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan
berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau
melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas:77 )
InsyaAllah, jika najah di dunia ( dah berjaya dan beroleh
kejayaan dalam bentuk material, wang ringgit, pangkat dsb ) yang mana kena
dengan saranan syarie dan dengan kehendak Allah, kamu akan memperoleh kejayaan
di akhirat sana sebagaimana Allah janji. Biiznillah. Pakat-pakat doa moga
kejayaan kita itu adalah kejayaan yang dirahmati Allah. Bukan dimurkai dan
sia-sia.
10. Redha
Dengan Suratan Takdir
Sabda Nabi SAW:
ان لو تفتح عمل
الشيطان
“Sesungguhnya “kalau/andai/sekiranya” akan membuka pintu
kepada amalan syaitan” ( Hadis Sahih )
Janganlah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Tak
perlulah kata, “Allah, ‘kalau’la aku jawab macam ini..’, ‘kalaulah aku baca
yang ini..’. Redha dengan qada dan qadar.
Redhalah akan ketentuan Allah. Yang penting, kita dah berusaha. Jangan
gusar, pasti kejayaan akan jadi milik kita suatu hari nanti. Lambat atau bangat
(cepat ) sahaja. Positifkan dirimu!
Akhir sekali, penulis berdoa kepada Allah dengan rasa hina
diri dan rendah hati sesuai dengan firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا
وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا
لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ
عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ
رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا
وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى
الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
wah..bnyk sungguh petua nk exam dy..
ReplyDeletenaseb baik ceq exam 1 paper jah sem ni..hoho
doakan eh..isnen ni ceq ada quiz..
selamat pulang ke Kampung Hamalaman :)
kim salam perlis~