Menghitung hari..36 hari lagi...
Mungkinkah akan menjadi milikku???!!!
Ataupun terus menjadi milikmu selama-lamanya....
debar + risau,,,berbaur,,,,
hanya mampu berdoa..
segala-galanya bertukar menjadi satu berita gembira..
ku sedar semuanya milik Allah..
bergantung pada-Nya sama ada
bisa meminjamkan semula ataupun tidak..
Tabahlah hati,,kuatlah diri..
Moga kebergantunganku semata-mata pada Mu Allah..
Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bisa bermula dari tarbiyah.
My Blog List
Friday, November 4, 2011
Thursday, September 22, 2011
Bagaimana untuk berbuat???!!!
Bertemu semula kita membincangkan sambungan post semalam..em macamana dikatakan sebagai seorang daie iaitu seorang yang mengajak ke arah kebaikan dan melarang ke arah kemungkaran.?Dengan istilah yang lebih berat di mata masyarakat kita hari ini ialah dakwah. Sebenarnya dakwah ini bukanlah satu perkataan yang asing dan terlalu berat di mata masyarakat kerana semua orang mampu berdakwah cuma sikit ataupun banyak kadarnya. Dakwah itu membawa pengertian kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan
memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah swt sesuai dengan garis
aqidah, syari'at dan akhlak Islam. jadi, semua orang mampu mengajak orang seperti kanak-kanak berumur 7 tahun dalam post sebelum ini. Kata dakwah merupakan masdar (kata
benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau
ajakan.
Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata "Ilmu" dan
kata "Islam", sehingga menjadi "Ilmu dakwah" dan
Ilmu Islam" atau ad-dakwah al-Islamiyah.
Mengajak orang ke arah kebaikan dan melarang ke arah kemungkaran ada banyak cara antaranya :
Dakwah Fardiah
Dakwah
Fardiah merupakan metode dakwah yang dilakukan seseorang kepada orang lain
(satu orang) atau kepada beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terbatas.
Biasanya dakwah fardiah terjadi tanpa persiapan yang matang dan tersusun secara
tertib. Termasuk kategori dakwah seperti ini adalah menasihati teman sekerja,
teguran, anjuran memberi contoh. Termasuk dalam hal ini pada saat mengunjungi
orang sakit, pada waktu ada acara tahniah (ucapan selamat), dan pada waktu
upacara kelahiran (tasmiyah).
Dakwah Ammah
Dakwah Ammah merupakan jenis dakwah yang dilakukan oleh
seseorang dengan media lisan yang ditujukan kepada orang banyak dengan maksud
menanamkan pengaruh kepada mereka. Media yang dipakai biasanya berbentuk
khutbah (pidato).
Dakwah Ammah ini kalau ditinjau dari segi subyeknya, ada yang
dilakukan oleh perorangan dan ada yang dilakukan oleh organisasi tertentu yang
berkecimpung dalam soal-doal dakwah.
Dakwah bil-Lisan
Dakwah
jenis ini adalah penyampaian informasi atau pesan dakwah melalui lisan (ceramah
atau komunikasi langsung antara subyek dan obyek dakwah). dakwah jenis ini akan
menjadi efektif bila: disampaikan berkaitan dengan hari ibadah seperti khutbah
Jum'at atau khutbah hari Raya, kajian yang disampaikan menyangkut ibadah
praktis, konteks sajian terprogram, disampaikan dengan metode dialog dengan
hadirin.
Dakwah bil-Haal
Dakwah
bil al-Hal adalah dakwah yang mengedepankan perbuatan nyata. Hal ini
dimaksudkan agar si penerima dakwah (al-Mad'ulah) mengikuti jejak dan
hal ikhwal si Da'i (juru dakwah). Dakwah jenis ini mempunyai pengaruh yang
besar pada diri penerima dakwah.
Pada
saat pertama kali Rasulullah Saw tiba di kota Madinah, beliau mencontohkan
Dakwah bil-Haal ini dengan mendirikan Masjid Quba, dan mempersatukan kaum
Anshor dan kaum Muhajirin dalam ikatan ukhuwah Islamiyah.
Dakwah bit-Tadwin
Memasuki
zaman global seperti saat sekarang ini, pola dakwah bit at-Tadwin (dakwah
melalui tulisan) baik dengan menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah, internet,
koran, dan tulisan-tulisan yang mengandung pesan dakwah sangat penting dan
efektif.
Keuntungan
lain dari dakwah model ini tidak menjadi musnah meskipun sang dai, atau
penulisnya sudah wafat. Menyangkut dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah saw
bersabda, "Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya
para syuhada
Dakwah bil Hikmah
Dakwah bil
Hikmah Yakni menyampaikan dakwah dengan cara yang arif bijaksana, yaitu
melakukan pendekatan sedemikian rupa sehingga pihak obyek dakwah mampu
melaksanakan dakwah atas kemauannya sendiri, tidak merasa ada paksaan, tekanan
maupun konflik. Dengan kata lain dakwah bi al-hikmah merupakan suatu metode
pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan atas dasar persuasif.
Dalam kitab
al-Hikmah fi al dakwah Ilallah ta'ala oleh Said bin Ali bin wahif al-Qathani
diuraikan lebih jelas tentang pengertian al-Hikmah, antara lain:
Menurut
bahasa:
• adil, ilmu, sabar, kenabian,
Al-Qur'an dan Injil
• memperbaiki (membuat manjadi lebih
baik atau pas) dan terhindar dari kerusakan
• ungkapan untuk mengetahui sesuatu
yang utama dengan ilmu yang utama
• objek kebenaran(al-haq) yang didapat
melalui ilmu dan akal
• pengetahuan atau ma'rifat.
Menurut
istilah Syar'i:
• valid dalam perkataan dan perbuatan,
mengetahui yang benar dan mengamalkannya, wara' dalam Dinullah, meletakkan
sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.
Jadi, ayuhlah kita mulakan perjuangan sekarang juga. Pilihlah cara yang mana kita rasa senang dan mampu utk kita lakukan. Yang penting sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk berbuat dan bukannya hanya duduk bergoyang kaki dan memberi alasan...
Wednesday, September 21, 2011
SeHeMbUs NaFaS UtKmu DaIe....
Salam..
Ana bukanlah seorg yg pandai mengatur huruf2 membentuk sebuah penulisan yg indah...Namun disebabkan sudah lama ana tidak mengirimkan sesuatu di sini buat tatapan diri dan yg lain, ana mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sebuah cerita yg pernah ana baca yg diberikan oleh seorang sahabat. Moga cerita ini menjadi pengajaran n muhasabah kepada kita yg bergelar daie di muka bumi ini...
Pada setiap
Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan
anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan
risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu
dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya
berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
Anak
kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya
tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa
berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di
tangannya. Dia berpusing-pusing
ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah
terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah
yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri
rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas
ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan
sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali
lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin
rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri
di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya
suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya
datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah
orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum
melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.
Minggu
berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan
perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa
tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah
hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum
Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
"Suami saya
meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam
dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada
Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali.
Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni.
Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di
leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya
berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang
menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya
bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus
pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
"Saya
melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya
kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya
diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah,
sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba
kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan
malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan
berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Jumaat
ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang
amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama
malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
Wahai sahabat2ku sekiranya kanak-kanak kecil ini mampu menyampaikan sesuatu masakan kita yang dewasa dikurniakan tubuh badan yang sihat lagi kuat dan akal yang cergas lagi matang ini tidak mampu berbuat sesuatu...Sesungguhnya kerja yang diamanahkan ini merupakan perniagaan yg paling menguntungkan. Kebaikan yang disampaikan yang diamalkan oleh orang lain akan mengalir pahala walaupun kita tidak berbuat apa-apa ketika itu. Umpama skim cepat kaya labur 10 ribu akan berganda2 jadi beratus ribu..Ayuh rebutlah ganjaran ini.
Mengutip tulisan di
buku “Quantum Tarbiyah”, janganlah kita menjadi pemuda manja.Pemuda yang tidak bersedia memikul beban, padahal tentangan dakwah semakin berat. Apalagi kebatilan
terus melakukan konsolidasi dengan cepat, rapat dan tepat. Jangan menjadi pemuda
manja yang serba tidak siap, serba tidak bisa disuruh apa saja semuanya tidak boleh dan tak mahu, titik! Manja, karena ilmunya disayangi sendiri, tidak
diwariskan pada yg lain. Manja, tidak segera membina untuk
mewariskan ilmunya. Manja karena kalau diberi amanah tidak profesional. Bila
disuruh membina malah “membinasakan”. Ketika binaan datang dia tidak datang.
Hidup ini pilihan,
perjuangan dan pertanggungjawaban. Kita sendiri yang menentukan setiap pilihan.
Kita sendiri juga yang menentukan prioriti kepentingan kita. Bukan kita yang
diatur oleh waktu dan pekerjaan kita, tetapi kitalah yang mengatur waktu dan
pekerjaan kita. Kita tidak akan punya waktu jika kita tidak berusaha
menyempatkannya. Tidak ada alasan sibuk. Memang
tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bisa bermula dari tarbiyah
Sunday, May 15, 2011
UjIaN dUnIA yg MenJelMA : EXAM!!!!!!
Minggu ini minggu peperiksaan.. lagi 2 minggu untuk menghabiskan sisa-sisa hari menempuh peperiksaan dan akhirnya dapat bercuti ke kampung...walau bagaimanapun, dua minggu ini sangat perit untuk dihadapi. Namun satu hakikat yg pasti disedari walau bagaimana perit dan susahpun dirasai, ini hanyalah peperiksaan kecil berbanding peperiksaan di akhirat kelak. sekiranya peperiksaan kali ni memerlukan berapa banyak usaha sebagai penentu kejayaan..begitu juga di akhirat kelak,,,utk berjaya memerlukan usaha amalan yg banyak utk dibentangkan di hadapan Allah.
Ayuh sama-samalah kita menelusuri 10 petua peperiksaan yang ana dapat dari blog seorang hambaAllah ketika ana diamanahkan untuk memberi pengisian Malam Solat Hajat Asrama.
1. Taqwa
kepada Allah
Tanpa ada rasa taqwa
yakni takut pada Allah, sia-sia sahaja kita menduduki peperiksaan. Kerana nilai
taqwa dibalas janji kukuh dari Allah dengan pertolonganNya. Malah, ianya adalah perintah dari Allah. Tidak
percaya? Firman Allah:
“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).”
( Surah Al-Talak:2 )
“..sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah
memudahkan baginya segala urusannya.” ( Surah Al-Talak: 4 )
“Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang
diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah
bertaqwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah)
sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” ( Surah
Al-Nisa’ : 131 )
Dah Dia yang memiliki bumi dan langit, pastinya kertas
peperiksaan hanyalah benda remeh yang kecil. Jadi, bertaqwalah kamu sebelum
kamu menjawab peperiksaan. Allah tidak
pernah menipu kalau Dia kata ada jalan keluar dan Dia nak mudahkan lagi urusan
kita. Yakinlah.
2. Berusaha
– diajar, belajar dan mengajar
Sebuah kejayaan tidak akan tercipta tanpa perlu berusaha,
tanpa berpenat lelah. Tiada sebarang ragu lagi. Berusahalah dengan apa cara
sekalipun. Terima apa yang diajar dengan baik, belajar dengan bersungguh,
kemudian kita ajarkan kembali ilmu yang kita dapat pada sahabat-sahabat yang
tidak memahami. Man jadda wajada. Siapa berusaha, dia berjaya. Konsep mudah.
Begitu juga perniagaan, tiada jalan mudah cepat kaya hanya dengan modal malas dan
goyang kaki.
3. Lillahi
Taala
Perlu malah saya hukumkan wajib mulakan apa usaha sekalipun,
persediaan dari segi mental dan fizikal; niat itu adalah kerana Allah Taala.
Dengan lafaz bismillah mulakan persiapan-persiapan dan muzakarah serta
ulangkaji peperiksaan. Bayangkan Allah bersama kita dalam setiap pembacaan dan
penulisan kita. Jauhkan sikap ber “akan”, “nanti”, “rilek dulu”, “lambat lagi”,
semua ini hanya membantut. Allah tidak menunggu orang yang bermalas-malasan.
Maut juga tidak menunggu biar satu saat pun.
4. Harapkan
Taufiq dariNya Sentiasa
Dalam berusaha, perlu sentiasa minta pertolongan Allah.
Jangan biar sedetik pun berlalu tanpa mengharap taufik dari Allah. Ingat, walau
sekuat mana kita berusaha tapi jika Allah tak redha, kita tidak akan berjaya
melepasi halangan yang tidak tersangka-sangka. Kejayaan mutlak adalah di tangan Allah, mintalah dengan
sungguh-sungguh hati kejayaan itu agar dianugerahkan ke tangan kamu pula.
Firman Allah:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku
maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada
mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa
kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu)
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
( Surah Al-Baqarah: 186 )
Jadi, doalah kawan-kawan. Doa setiap masa. Sebelum baca,
selepas baca, ketika baca. Doa jangan berhenti di dalam hati. Barulah terasa
kebersamaan dengan Allah dan sekaligus meranapkan rasa terlalu mengagungkan
sistem peperiksaan. Ingat, kita adalah hamba selamanya.
5. Bunuh
Bisikan Yang Membunuh Semangat
Dalam masa kita tengah penuh aura kesungguhan, ya sudah
pasti syaitan dan nafsu merasuk fikiran. “Malaslah”, “kamu takkan berjaya”,
“kalau dah bodoh, belajar pun tak guna, baik tidur” dan macam-macam lagi akan
datang mengganggu. Senjatanya mudah, zikrullah. Dalam kesibukan kita menelaah
pelajaran, luangkan sedikit masa 30 saat atau kurang menyebut
“Allah..Allah..Allah..Ya Allah..”. Itu dah kira zikrullah. Zikrullah inilah
yang akan membunuh rasukan-rasukan yang membunuh semangat! Tidak percaya juga?
Firman Allah:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram
hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan
"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” ( Surah
Al-Ra’d:28 )
Nah, bukti sudah terpampang. Percayalah kawan-kawan
zikrullah itu menenangkan jiwa. Membantu anda sukses dalam peperiksaan dan
dalam apa sekalipun!
6. Trick
ketika menjawab kertas peperiksaan
Mulakan dengan doa, cari soalan yang mudah dan buat apa yang
kamu yakin kamu mampu dulu. Kemudian,
anda akan menghadapi beberapa kesulitan normal berikut;
Andai terlupa jawapan, terlupa kata kunci yang penting dalam
kepala, caranya adalah dengan sebut nama Allah ( berzikir ringkas adalah
suggestion ). Firman Allah:
“..dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau
lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang
lebih dekat dan lebih terang dari ini.” ( Surah Al-Kahfi : 24 )
Kedua, bila terserempak soalan yang sangat susah sampai
dalam hati kata, “Allah, tak tahu nak jawab macam mana dah yang ni..” Bacalah
doa ringkas ini dari hadis mursal :
اللهم لا سهل إلا
ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
“Ya Allah! Sesungguhnya tiada kesusahan melainkan Engkau jualah yang menjadikannya mudah dan Engkau jualah yang menjadikan kesedihan-kedukaan itu sebagai mudah jika Engkau kehendaki.”
“Ya Allah! Sesungguhnya tiada kesusahan melainkan Engkau jualah yang menjadikannya mudah dan Engkau jualah yang menjadikan kesedihan-kedukaan itu sebagai mudah jika Engkau kehendaki.”
Alternatif, Ibnu Taimiyyah pula mengamalkan doa ini ketika
beliau lupa dan dalam kesulitan:
اللهم يا معلم
إبراهيم علمني ، ويا مفهم سليمان فهمني
“Ya Allah!
Mahaguru kepada Nabi Ibrahim ajarilahku, Maha Pemaham kepada Nabi Sulaiman
fahamkanlah daku.”
Sebenarnya, ada banyak lagi doa yang mungkin membantu. Apa
lagi, robeklah buku-buku doa yang ada. Penulis cadangkan buku “Doa-doa
kesukaan Nabi Muhammad SAW” oleh Imam Nawawi, boleh beli di kedai buku atau
MPHonline.com.
7. Jangan
Meniru
Plagiat atau meniru dalam apa bentuk sekalipun adalah antara
tanda-tanda lemah iman. Dahlah tidak cukup berusaha, mahu mencuri hasil usaha
orang lain pula! Malulah! Dapat rendah tidak mengapa, jangan direndahkan Allah
di padang mahsyar nanti sudahlah. Kenapa terjadi plagiat ini? Kerana penerimaan
tarbiyah diri yang tidak sempurna. Kerana tidak yakin pada Allah. Kerana
terasuk oleh bisikan syaitan. Sabda Nabi SAW tentang meniru,
من غش فليس منا
“Sesiapa berdusta ( tipu dalam bentuk meniru ), bukanlah
dari golongan kami ( orang Islam dan para salaf )” ( Hadis Muslim )
Dan mereka yang mengesan perbuatan terkutuk ini, harus
mengikuti perintah Nabi SAW:
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka tegahlah dengan
tangan kamu, jika tidak mampu maka dengan lidahmu, jika tidak mampu juga maka
bencilah dengan hati kamu dan itu adalah selemah-lemah iman.”
8. Tangani
sifat malas
Kriteria ini tidak perlu dibahas lagi. Seeloknya sifat malas
ini dibanteras oleh orang terdekat dengan kamu. Contoh seperti ibu merotan
anaknya yang malas solat. Jadi, jika ibu yang berada dekat dengan kamu,
wajarlah si ibu merotan anaknya yang malas berusaha untuk peperiksaan.
9. Ingat,
kejayaan dunia jua kejayaan akhirat jika kena pada tempatnya
Firman Allah:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah
dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan
berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau
melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas:77 )
InsyaAllah, jika najah di dunia ( dah berjaya dan beroleh
kejayaan dalam bentuk material, wang ringgit, pangkat dsb ) yang mana kena
dengan saranan syarie dan dengan kehendak Allah, kamu akan memperoleh kejayaan
di akhirat sana sebagaimana Allah janji. Biiznillah. Pakat-pakat doa moga
kejayaan kita itu adalah kejayaan yang dirahmati Allah. Bukan dimurkai dan
sia-sia.
10. Redha
Dengan Suratan Takdir
Sabda Nabi SAW:
ان لو تفتح عمل
الشيطان
“Sesungguhnya “kalau/andai/sekiranya” akan membuka pintu
kepada amalan syaitan” ( Hadis Sahih )
Janganlah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Tak
perlulah kata, “Allah, ‘kalau’la aku jawab macam ini..’, ‘kalaulah aku baca
yang ini..’. Redha dengan qada dan qadar.
Redhalah akan ketentuan Allah. Yang penting, kita dah berusaha. Jangan
gusar, pasti kejayaan akan jadi milik kita suatu hari nanti. Lambat atau bangat
(cepat ) sahaja. Positifkan dirimu!
Akhir sekali, penulis berdoa kepada Allah dengan rasa hina
diri dan rendah hati sesuai dengan firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا
وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا
لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ
عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ
رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا
وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى
الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
Sunday, April 10, 2011
kadang2
kadang2 kita rasa kita perlukan perhatian yang teramat sangat...
kadang2 kita mahukan dibuktikan kasih sayang itu...
kadang2 kita rasa kita sentiasa mahu di samping seseorang,,,
kadang2 kita mahukan dijaga dan ditemani sentiasa...
kadang2 kita perlukan seseorang utk menemani kesunyian itu...
sehingga kadang2 kita rasa kesedihan, kesepian hilang arah tuju...
sehingga kadang2 merasakan tiada siapa yang sayang pada diri kita...
TETAPI....
hakikatnya kita sebenarnya sedang merindui kasih sayangNya...
hakikatnya kita perlukan Allah dalam setiap detik berlalu
lhakikatnya kita ingin ditemani Allah...
Ya Allah pinjamkan aku semula kasih & cintaMu kepadaku..
aku tak rela ditinggalkan Mu dari kasih dan rahmatmu..
aku begitu rindukan kasihMU...
tambahan dari petikan yang dipetik drpd blog wavewsa
• Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu...
• Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu...
• Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu...
• Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...
• Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu...
• Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.
• Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya...
• Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...
• Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu..
kadang2 kita mahukan dibuktikan kasih sayang itu...
kadang2 kita rasa kita sentiasa mahu di samping seseorang,,,
kadang2 kita mahukan dijaga dan ditemani sentiasa...
kadang2 kita perlukan seseorang utk menemani kesunyian itu...
sehingga kadang2 kita rasa kesedihan, kesepian hilang arah tuju...
sehingga kadang2 merasakan tiada siapa yang sayang pada diri kita...
TETAPI....
hakikatnya kita sebenarnya sedang merindui kasih sayangNya...
hakikatnya kita perlukan Allah dalam setiap detik berlalu
lhakikatnya kita ingin ditemani Allah...
Ya Allah pinjamkan aku semula kasih & cintaMu kepadaku..
aku tak rela ditinggalkan Mu dari kasih dan rahmatmu..
aku begitu rindukan kasihMU...
tambahan dari petikan yang dipetik drpd blog wavewsa
• Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu...
• Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu...
• Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu...
• Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...
• Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu...
• Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.
• Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya...
• Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...
• Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu..
Tuesday, March 22, 2011
Sebuah Kerinduan...
Aku rindu dia..
sudah lama kami tidak bersama bermsg bersama2,,
berkongsi 1001 suka dan duka..
menyuntik segunung semangat
melerai sejuta masalah
Kebelakangan ini,
yang ada hanyalah msg 1,2
di kala ada saat yang terluang
Aku rindu dia,,
aku yakin diapun sama,
dia ada memberitahuku jua,,
namun hambatan tanggungjawab dan amanah yg byak,
kami tidak ada masa utk bersama,
berborak panjang..
tika ku msg dia kesibukan,
tika dia msg aku kesibukan...
teman,,
aku sangat rindukan kau,,
kaulah sahabatku dunia akhirat...
di kala 1 nikmat tuhan ini ditarik sementara...
ya Allah,
satukanlah hati2 kami semula,
agar dpat kami mendukung dakwah perjuanganMu,,
menuju kasih Ilahi..
terima kasih Ya Allah menghadiahkan aku erti sebuah persahabatan yg sgt bermakna..
"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman) walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana. ... (surah Al-anfal:63)"
Wednesday, March 2, 2011
sAkIt 1 uJiAn..
Sedar tak sedar hari ni dah hari Selasa. Terasa bagai baru semalam hari Selasa minggu lepas berlalu meninggalkan aku di saat aku demam semingguan..Perbagai monolog bermain sendirian di hati ini sepanjang kesakitan yg dihadapi. Yang penting banyak ibrah yang telah aku peroleh sepanjang seminggu demam..
Pernah satu hari tu, aku menangis teresak-esak ketika mendapat panggilan daripada teman baikku dari Aus. Bukan disebabkan terlalu rindu tapi satu perasaan yang sukar utk dimengertikan. Aku akui sememangnya aku seorang yang sangat manja mahukan perhatian tetapi memang itu 1 fitrah bila seseorang dilanda kesakitan. Em sejujurnya, aku sebenarnya terasa diri dihargai dan disayangi. Bukan apa, sepanjang hari itu, masing2 sibuk dan membuatkan aku kurang mendapat penjagaan yg diharapkan. Pada saat memerlukan perhatian itu, ada orang memberinya apa lagi menangislah..Paling teruk hari itu aku banyak berburuk sangka dengan kawan-kawan rapatku di sini. Aku menganggap mereka tak menghiraukan aku padahal hakikatnya mereka sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah malam Rabu tu ramai datang menjagaku. Ya Allah, teruk betul diri ni, di kala ditimpa ujian ini aku masih menambah dosa dengan berburuk sangka pada mereka. Sehinggalah Allah sengaja mentakdirkan mereka sendiri yg menjagaku.. Ini banyak memuhasabahkan diriku untuk merasai perasaan seorang yang dalam kesakitan. Memang benar, bila kita rasa baru kita mengetahui.
Pada waktu itu, si pesakit banyak perlukan perhatian disebabkan itulah kita perlu bersama2 menjaganya. Paling utama pesakit selalunya sangat sensitif. Sebab tulah Islam menggariskan panduan adab menjaga orang sakit dan tuntutan untuk menziarahi orang sakit seperti dalam hadith:
berkata anak adam ,’Bagaimana saya menjenguk-Mu , padahal Engkau adalah Rabb semesta alam?’
Allah menjawab ,” Apakah engkau tidak mengerti bahwa hamba-Ku si fulan sakit dan engkau tidak menjenguknya ?
“ Apakah engkau tidak mengerti bahwa seandainya engkau menjenguknya, niscaya akan engkau dapati Aku bersamanya ? “. (Hr Muslim).
Memang benarlah apa yang dikatakan Rasul penyakit itu penghapus dosa.
Sememangnya apabila dijanjikan sesuatu yang berharga memerlukan sesuatu yang bernilai untuk dikorbankan. Bukan senang nak dihapuskan dosa. Ujian itu nampak macam ringan sekadar demam sahaja namun aku banyak belajar daripadanya. Tengoklah betapa pentingnya juga menjaga hati ketika dilanda ujian. Banyakkan bersabar bukan setakat bersabar dengan kesakitan tetapi bersabar dengan emosi diri sendiri. Jangan banyakkan mengharap pada oang lain tapi bergantunglah pada Allah.
Satu perkara lagi perlunya berusaha dan bertawakal kepada Allah. Pada dua hari permulaannya, aku banyak menguatkan diri ini agar tak menjadi demam dan mengagahi diri utk ke kelas. Aku menganggap tidak perlu untuk berjumpa dengan doktor kerana demam hanya mengambil masa hanya 2hari selepas itu baiklah nanti tapi sebenarnya semuanya perlunya usaha. Masuk hari keempat demamku masih sama malah makin teruk membuatkan aku terpaksa juga ke klinik. Di sini menunjukkan betapa pentingnya kita berusaha juga dan seterusnya berdoa kepada Allah kerana penyakit tidak akan baik begitu saja memerlukan usaha2nya dan akhirnya berdoa dan bertawakallah.

“Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Anfal : ayat 61)
Pada saat itu juga, hati ini mula terkenang akan keluarga tercinta bagaimana kasihnya seorang ibu yang tidak ternilai. Walau mendapat penjagaan daripada kawan2 di asrama tetap tidak ternilai dengan kasih seorang ibu menjaga anaknya ketika sakit. Hati ini mula merindui layanan ibu. Memang Islam itu adil. kerana itulah darjat seorang ibu diangkat begitu tinggi di sisi Allah. Ini baru sahaja dalam aspek layanan ketika sakit belum lagi aspek2 lain. Begitu besar pengiktirafan untuk seorang ibu sehinggalah disebut beberapa kali perintah mentaatinya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)
Kesimpulannya, terlalu banyak benda yang telah dapat ditarbiyahkan
diriku melalui ujian kesakitan ini yang tidak dapat digambarkan.Bukan mudah
bertarung dengan kesakitan yang hanya diri merasakannya. Bukan mudah menangani
keuzuran yang tidak mampu dikongsi deritanya. Sahabat yang disayangi, jangan
pernah merasa sendirian. Wujudmu benar-benar ada dan bererti. Kamu punya Sang
Khalik yang tidak pernah sesaat melupakanmu. Kamu sentiasa diperhatikan,
disayangi dan dicintai semua orang. Yakinlah, kesembuhan akan menjengah dengan
izin-Nya. Banyakkan istighfar dan selawat. Moga Allah memberikan jalan
kesembuhan yang lebih mudah. InsyaAllah...
Syukur tidak terhingga masih diberikan pinjaman nikmat kesihatan ini yang tiada nilainya. Sekalung penghargaan juga kepada Besfren tercinta yang banyak mengambil berat tentang diri ini ketika sakit walaupun kejauhan. sayang kamu krn Allah :)
Syukur tidak terhingga masih diberikan pinjaman nikmat kesihatan ini yang tiada nilainya. Sekalung penghargaan juga kepada Besfren tercinta yang banyak mengambil berat tentang diri ini ketika sakit walaupun kejauhan. sayang kamu krn Allah :)
Subscribe to:
Posts (Atom)