My Blog List

Sunday, May 15, 2011

UjIaN dUnIA yg MenJelMA : EXAM!!!!!!

Minggu ini minggu peperiksaan.. lagi 2 minggu untuk menghabiskan sisa-sisa hari menempuh peperiksaan dan akhirnya dapat bercuti ke kampung...walau bagaimanapun, dua minggu ini sangat perit untuk dihadapi. Namun satu hakikat yg pasti disedari walau bagaimana perit dan susahpun dirasai, ini hanyalah peperiksaan kecil berbanding peperiksaan di akhirat kelak. sekiranya peperiksaan kali ni memerlukan berapa banyak usaha sebagai penentu kejayaan..begitu juga di akhirat kelak,,,utk berjaya memerlukan usaha amalan yg banyak utk dibentangkan di hadapan Allah.
Ayuh sama-samalah kita menelusuri 10 petua peperiksaan yang ana dapat dari blog seorang hambaAllah ketika ana diamanahkan untuk memberi pengisian Malam Solat Hajat Asrama.

1.            Taqwa kepada Allah
 Tanpa ada rasa taqwa yakni takut pada Allah, sia-sia sahaja kita menduduki peperiksaan. Kerana nilai taqwa dibalas janji kukuh dari Allah dengan pertolonganNya.  Malah, ianya adalah perintah dari Allah. Tidak percaya?  Firman Allah:
“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).” ( Surah Al-Talak:2 )
“..sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.” ( Surah Al-Talak: 4 )
“Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” ( Surah Al-Nisa’ : 131 )
Dah Dia yang memiliki bumi dan langit, pastinya kertas peperiksaan hanyalah benda remeh yang kecil. Jadi, bertaqwalah kamu sebelum kamu menjawab peperiksaan.  Allah tidak pernah menipu kalau Dia kata ada jalan keluar dan Dia nak mudahkan lagi urusan kita. Yakinlah.

2.            Berusaha – diajar, belajar dan mengajar
Sebuah kejayaan tidak akan tercipta tanpa perlu berusaha, tanpa berpenat lelah. Tiada sebarang ragu lagi. Berusahalah dengan apa cara sekalipun. Terima apa yang diajar dengan baik, belajar dengan bersungguh, kemudian kita ajarkan kembali ilmu yang kita dapat pada sahabat-sahabat yang tidak memahami. Man jadda wajada. Siapa berusaha, dia berjaya. Konsep mudah. Begitu juga perniagaan, tiada jalan mudah cepat kaya hanya dengan modal malas dan goyang kaki. 

3.            Lillahi Taala
Perlu malah saya hukumkan wajib mulakan apa usaha sekalipun, persediaan dari segi mental dan fizikal; niat itu adalah kerana Allah Taala. Dengan lafaz bismillah mulakan persiapan-persiapan dan muzakarah serta ulangkaji peperiksaan. Bayangkan Allah bersama kita dalam setiap pembacaan dan penulisan kita. Jauhkan sikap ber “akan”, “nanti”, “rilek dulu”, “lambat lagi”, semua ini hanya membantut. Allah tidak menunggu orang yang bermalas-malasan. Maut juga tidak menunggu biar satu saat pun. 

4.            Harapkan Taufiq dariNya Sentiasa
Dalam berusaha, perlu sentiasa minta pertolongan Allah. Jangan biar sedetik pun berlalu tanpa mengharap taufik dari Allah. Ingat, walau sekuat mana kita berusaha tapi jika Allah tak redha, kita tidak akan berjaya melepasi halangan yang tidak tersangka-sangka. Kejayaan mutlak  adalah di tangan Allah, mintalah dengan sungguh-sungguh hati kejayaan itu agar dianugerahkan ke tangan kamu pula.
Firman Allah:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” ( Surah Al-Baqarah: 186 )
Jadi, doalah kawan-kawan. Doa setiap masa. Sebelum baca, selepas baca, ketika baca. Doa jangan berhenti di dalam hati. Barulah terasa kebersamaan dengan Allah dan sekaligus meranapkan rasa terlalu mengagungkan sistem peperiksaan. Ingat, kita adalah hamba selamanya. 

5.            Bunuh Bisikan Yang Membunuh Semangat
Dalam masa kita tengah penuh aura kesungguhan, ya sudah pasti syaitan dan nafsu merasuk fikiran. “Malaslah”, “kamu takkan berjaya”, “kalau dah bodoh, belajar pun tak guna, baik tidur” dan macam-macam lagi akan datang mengganggu. Senjatanya mudah, zikrullah. Dalam kesibukan kita menelaah pelajaran, luangkan sedikit masa 30 saat atau kurang menyebut “Allah..Allah..Allah..Ya Allah..”. Itu dah kira zikrullah. Zikrullah inilah yang akan membunuh rasukan-rasukan yang membunuh semangat! Tidak percaya juga? Firman Allah:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” ( Surah Al-Ra’d:28 )
Nah, bukti sudah terpampang. Percayalah kawan-kawan zikrullah itu menenangkan jiwa. Membantu anda sukses dalam peperiksaan dan dalam apa sekalipun!

6.            Trick ketika menjawab kertas peperiksaan
Mulakan dengan doa, cari soalan yang mudah dan buat apa yang kamu yakin kamu mampu dulu.  Kemudian, anda akan menghadapi beberapa kesulitan normal berikut;
Andai terlupa jawapan, terlupa kata kunci yang penting dalam kepala, caranya adalah dengan sebut nama Allah ( berzikir ringkas adalah suggestion ). Firman Allah:
“..dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.” ( Surah Al-Kahfi : 24 )
Kedua, bila terserempak soalan yang sangat susah sampai dalam hati kata, “Allah, tak tahu nak jawab macam mana dah yang ni..” Bacalah doa ringkas ini dari hadis mursal :
اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
“Ya Allah! Sesungguhnya tiada kesusahan melainkan Engkau jualah yang menjadikannya mudah dan Engkau jualah yang menjadikan kesedihan-kedukaan itu sebagai mudah jika Engkau kehendaki.”
Alternatif, Ibnu Taimiyyah pula mengamalkan doa ini ketika beliau lupa dan dalam kesulitan:
اللهم يا معلم إبراهيم علمني ، ويا مفهم سليمان فهمني
“Ya Allah! Mahaguru kepada Nabi Ibrahim ajarilahku, Maha Pemaham kepada Nabi Sulaiman fahamkanlah daku.”
Sebenarnya, ada banyak lagi doa yang mungkin membantu. Apa lagi, robeklah buku-buku doa yang ada. Penulis cadangkan buku “Doa-doa kesukaan Nabi Muhammad SAW” oleh Imam Nawawi, boleh beli di kedai buku atau MPHonline.com. 


7.            Jangan Meniru
Plagiat atau meniru dalam apa bentuk sekalipun adalah antara tanda-tanda lemah iman. Dahlah tidak cukup berusaha, mahu mencuri hasil usaha orang lain pula! Malulah! Dapat rendah tidak mengapa, jangan direndahkan Allah di padang mahsyar nanti sudahlah. Kenapa terjadi plagiat ini? Kerana penerimaan tarbiyah diri yang tidak sempurna. Kerana tidak yakin pada Allah. Kerana terasuk oleh bisikan syaitan. Sabda Nabi SAW tentang meniru,
من غش فليس منا
“Sesiapa berdusta ( tipu dalam bentuk meniru ), bukanlah dari golongan kami ( orang Islam dan para salaf )” ( Hadis Muslim )
Dan mereka yang mengesan perbuatan terkutuk ini, harus mengikuti perintah Nabi SAW:
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan kamu, jika tidak mampu maka dengan lidahmu, jika tidak mampu juga maka bencilah dengan hati kamu dan itu adalah selemah-lemah iman.”
8.            Tangani sifat malas
Kriteria ini tidak perlu dibahas lagi. Seeloknya sifat malas ini dibanteras oleh orang terdekat dengan kamu. Contoh seperti ibu merotan anaknya yang malas solat. Jadi, jika ibu yang berada dekat dengan kamu, wajarlah si ibu merotan anaknya yang malas berusaha untuk peperiksaan. 
 
9.            Ingat, kejayaan dunia jua kejayaan akhirat jika kena pada tempatnya
Firman Allah:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas:77 )
InsyaAllah, jika najah di dunia ( dah berjaya dan beroleh kejayaan dalam bentuk material, wang ringgit, pangkat dsb ) yang mana kena dengan saranan syarie dan dengan kehendak Allah, kamu akan memperoleh kejayaan di akhirat sana sebagaimana Allah janji. Biiznillah. Pakat-pakat doa moga kejayaan kita itu adalah kejayaan yang dirahmati Allah. Bukan dimurkai dan sia-sia. 
10.          Redha Dengan Suratan Takdir
Sabda Nabi SAW: 
ان لو تفتح عمل الشيطان
“Sesungguhnya “kalau/andai/sekiranya” akan membuka pintu kepada amalan syaitan” ( Hadis Sahih )
Janganlah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Tak perlulah kata, “Allah, ‘kalau’la aku jawab macam ini..’, ‘kalaulah aku baca yang ini..’. Redha dengan qada dan qadar.  Redhalah akan ketentuan Allah. Yang penting, kita dah berusaha. Jangan gusar, pasti kejayaan akan jadi milik kita suatu hari nanti. Lambat atau bangat (cepat ) sahaja.  Positifkan dirimu!
Akhir sekali, penulis berdoa kepada Allah dengan rasa hina diri dan rendah hati sesuai dengan firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

Sunday, April 10, 2011

kadang2

kadang2 kita rasa kita perlukan perhatian yang teramat sangat...
kadang2 kita mahukan dibuktikan kasih sayang itu...
kadang2 kita rasa kita sentiasa mahu di samping seseorang,,,
kadang2 kita mahukan  dijaga dan ditemani sentiasa...
kadang2 kita perlukan seseorang utk menemani kesunyian itu...
sehingga kadang2 kita rasa kesedihan, kesepian hilang arah tuju...
sehingga kadang2 merasakan tiada siapa yang sayang pada diri kita...
TETAPI....
hakikatnya kita sebenarnya sedang merindui kasih sayangNya...
hakikatnya kita perlukan Allah dalam setiap detik berlalu
lhakikatnya kita ingin ditemani Allah...


Ya Allah pinjamkan aku semula kasih & cintaMu kepadaku..
aku tak rela ditinggalkan Mu dari kasih dan rahmatmu..
aku begitu rindukan kasihMU...


tambahan dari petikan yang dipetik drpd blog wavewsa

• Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu...

• Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu...

• Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu...

• Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...


• Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu...

• Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

• Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya...

• Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...

• Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu..









Tuesday, March 22, 2011

Sebuah Kerinduan...



Aku rindu dia..
sudah lama kami tidak bersama bermsg bersama2,,
berkongsi 1001 suka dan duka..
menyuntik segunung semangat
melerai sejuta masalah

Kebelakangan ini,
yang ada hanyalah msg 1,2
di kala ada saat yang terluang

Aku rindu dia,,
aku yakin diapun sama,
dia ada memberitahuku jua,,
namun hambatan tanggungjawab dan amanah yg byak,
kami tidak ada masa utk bersama,
berborak panjang..
tika ku msg dia kesibukan,
tika dia msg aku kesibukan...

teman,,
aku sangat rindukan kau,,
kaulah sahabatku dunia akhirat...
di kala 1 nikmat tuhan ini ditarik sementara...

ya Allah,
satukanlah hati2 kami semula,
agar dpat kami mendukung dakwah perjuanganMu,,
menuju kasih Ilahi..
terima kasih Ya Allah menghadiahkan aku erti sebuah persahabatan yg sgt bermakna..

"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman) walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana. ... (surah Al-anfal:63)"





Wednesday, March 2, 2011

sAkIt 1 uJiAn..


Sedar tak sedar hari ni dah hari Selasa. Terasa bagai baru semalam hari Selasa minggu lepas berlalu meninggalkan aku di saat aku demam semingguan..Perbagai monolog bermain sendirian di hati ini sepanjang kesakitan yg dihadapi. Yang penting banyak ibrah yang telah aku peroleh sepanjang seminggu demam..


Pernah satu hari tu, aku menangis teresak-esak ketika mendapat panggilan daripada teman baikku dari Aus. Bukan disebabkan terlalu rindu tapi satu perasaan yang sukar utk dimengertikan. Aku akui sememangnya aku seorang yang sangat manja mahukan perhatian tetapi memang itu 1 fitrah bila seseorang dilanda kesakitan. Em sejujurnya, aku sebenarnya terasa diri dihargai dan disayangi. Bukan apa, sepanjang hari itu, masing2 sibuk dan membuatkan aku kurang mendapat penjagaan yg diharapkan. Pada saat memerlukan perhatian itu, ada orang memberinya apa lagi menangislah..Paling teruk hari itu aku banyak berburuk sangka dengan kawan-kawan rapatku di sini. Aku menganggap mereka tak menghiraukan aku padahal hakikatnya mereka sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah malam Rabu tu ramai datang menjagaku. Ya Allah, teruk betul diri ni, di kala ditimpa ujian ini aku masih menambah dosa dengan berburuk sangka pada mereka. Sehinggalah Allah sengaja mentakdirkan mereka sendiri yg menjagaku.. Ini banyak memuhasabahkan diriku untuk merasai perasaan seorang yang dalam kesakitan. Memang benar, bila kita rasa baru kita mengetahui. Pada waktu itu, si pesakit banyak perlukan perhatian disebabkan itulah kita perlu bersama2 menjaganya. Paling utama pesakit selalunya sangat sensitif. Sebab tulah Islam menggariskan panduan adab menjaga orang sakit dan tuntutan untuk menziarahi orang sakit seperti dalam hadith:  


Rasulullah pernah bersabda dalam hadits qudsi , yang artinya “Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari kiamat, “ Wahai anak adam, Aku sakit. Mengapa engkau tidak menjenguk-Ku ? “
berkata anak adam ,’Bagaimana saya menjenguk-Mu , padahal Engkau adalah Rabb semesta alam?’
Allah menjawab ,” Apakah engkau tidak mengerti bahwa hamba-Ku si fulan sakit dan engkau tidak menjenguknya ?
“ Apakah engkau tidak mengerti bahwa seandainya engkau menjenguknya, niscaya akan engkau dapati Aku bersamanya ? “. (Hr Muslim).


Memang benarlah apa yang dikatakan Rasul penyakit itu penghapus dosa.  


Rasulullah bersabda , yang artinya ,” Tidak akada yang menimpa seorang hamba muslim dari kepenatan, sakit yang berkesinambungan (sakit menahun), kebimbangan, kesedihan, penderitaan, kesusahan, sampai duri yang ia tertusuk karenanya, kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya , “( Hr Bukhari). Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang mukmin yang terkena sesuatu penyakit meskipun hanya pada uratnya saja, melainkan Allah akan menghapuskan dosanya dengan penyakit itu, akan dicatatkan baginya satu kebaikan dan diangkat darjatnya.” (Hadis riwayat Imam Thabarani)
 
Sememangnya apabila dijanjikan sesuatu yang berharga memerlukan sesuatu yang bernilai untuk dikorbankan. Bukan senang nak dihapuskan dosa. Ujian itu nampak macam ringan sekadar demam sahaja namun aku banyak belajar daripadanya. Tengoklah betapa pentingnya juga menjaga hati ketika dilanda ujian. Banyakkan bersabar bukan setakat bersabar dengan kesakitan tetapi bersabar dengan emosi diri sendiri. Jangan banyakkan mengharap pada oang lain tapi bergantunglah pada Allah. 
Satu perkara lagi perlunya berusaha dan bertawakal  kepada Allah. Pada dua hari permulaannya, aku banyak menguatkan diri ini agar tak menjadi demam dan mengagahi diri utk ke kelas. Aku menganggap tidak perlu untuk berjumpa dengan doktor kerana demam hanya mengambil masa hanya 2hari selepas itu baiklah nanti tapi sebenarnya semuanya perlunya usaha. Masuk hari keempat demamku masih sama malah makin teruk membuatkan aku terpaksa juga ke klinik. Di sini menunjukkan betapa pentingnya kita berusaha juga dan seterusnya berdoa kepada Allah kerana penyakit tidak akan baik begitu saja memerlukan usaha2nya dan akhirnya berdoa dan bertawakallah.
“Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Anfal : ayat 61)
Pada saat itu juga, hati ini mula terkenang akan keluarga tercinta bagaimana kasihnya seorang ibu yang tidak ternilai. Walau mendapat penjagaan daripada kawan2 di asrama tetap tidak ternilai dengan kasih seorang ibu menjaga anaknya ketika sakit. Hati ini mula merindui layanan ibu. Memang Islam itu adil. kerana itulah darjat seorang ibu diangkat begitu tinggi di sisi Allah. Ini baru sahaja dalam aspek layanan ketika sakit belum lagi aspek2 lain. Begitu besar pengiktirafan untuk seorang ibu sehinggalah disebut beberapa kali perintah mentaatinya. 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)

Kesimpulannya, terlalu banyak benda yang telah dapat ditarbiyahkan diriku melalui ujian kesakitan ini yang tidak dapat digambarkan.Bukan mudah bertarung dengan kesakitan yang hanya diri merasakannya. Bukan mudah menangani keuzuran yang tidak mampu dikongsi deritanya. Sahabat yang disayangi, jangan pernah merasa sendirian. Wujudmu benar-benar ada dan bererti. Kamu punya Sang Khalik yang tidak pernah sesaat melupakanmu. Kamu sentiasa diperhatikan, disayangi dan dicintai semua orang. Yakinlah, kesembuhan akan menjengah dengan izin-Nya. Banyakkan istighfar dan selawat. Moga Allah memberikan jalan kesembuhan yang lebih mudah. InsyaAllah...
Syukur tidak terhingga masih diberikan pinjaman nikmat kesihatan ini yang tiada nilainya. Sekalung penghargaan juga kepada Besfren tercinta yang banyak mengambil berat tentang diri ini ketika sakit walaupun kejauhan. sayang kamu krn Allah :) 

Friday, February 18, 2011

teNtang UkHwAh


7 cara uhwah kerana Allah



1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)


3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'

6.Memberi Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim)
Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,

Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)ʹ


 ALLAH ada merakamkan di dalam surah al Taha ayat 29 – 35 [20: 29 – 35] tentang Nabi Ibrahim yang meminta pada ALLAH agar Dia mengurniakan seorang teman disisinya. Apakah cirri – ciri teman yang Nabi Ibrahim mahukan?

“dan jadikanlah bagiku seorang penyokong (pembantu dari keluargaku iaitu Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan mengingatiMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan kami” [20: 29 – 35]




Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

Wednesday, February 16, 2011

MaLu RaSA mEnGatAKan CintA paDAmu Rasul...

"Dan tiada kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam"(Al-Anbiyaa:109)
Dalam kegelutan jiwaku untuk mengejar perjalanan sampai ke LCCT, tiba-tiba hatiku tersentuh dengan satu masej salam maulidul rasul yg aku terima. Mesej itu berbunyi :

Rasul Allah menjawab "Tidak, kamu semua adalah sahabatku,,,ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"

SubhanaAllah,,hati ini begitu tersentuh memikirkan Akukah Ikhwan itu??yang sangat dirindui rasul teragung kita.. Andai kita tak pernah menitis walau setitik air mata kerinduan dan kecintaan pada baginda...
AstafilAllah,,, benarkah hati ini benar-benar mencintai rasulullah??apa yang telah aku lakukan utk baginda pada hari mauludnya malah di hari-hari lain bukti aku mencintainya??? Selalunya bila kita sayang akan seseorang setiap kali hari kelahirannya kita akan berfikir macam-macam cara untuk membuat kejutan untuk dia tanda penghargaan kita kat dia...Kita akan belikan dia kek, hadiah dan macam-macam lagi.. Begitu juga bila kita sayang akan ibu kita, kita sentiasa menghubunginya, membelikan dia hadiah, menolongnya..Itu semua tanda kita sayang seseorang itu.. Tapi kali ni bila cakap sayang akan rasul apa yang dah dilakukan??


 Masih ku ingat kisah kewafatan rasulullah...1001 tanda kasihnya baginda kepada umatnya..
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
�Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
 

          Aisya r.a, bertutur, “ aku menyaksikan kematian Rasulullah hendak wafat. Ketika itu didekatkannya ada       
          mangkuk berisi air. Beliau celupkan tangannya kemangkuk itu lalu mengusap wajahnya sambil berkata,
          Laa Ilaha Illallah, sesungguhnya dalam kematian ada fase yang menyakit kan’.”.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah >mengaduh. Fatimah r.a, menangis dan bertanya, “Begitu sakitkah wahai ayah?” beliau menoleh keputrinya tersebut & menjawab, “tidak ada lagi rasa sakit yang diderita bapakmu setelah ini.” Fatimah mengusap wajah ayahnya dan mendo’akan kesembuhan. Tetapi beliau berkata, “Tidak aku malah berharap segera bertemu dengan Allah, bersama jibril, mikail dan israfil.”

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Kalimat “Shalat… shalat” terus berulang itu adalah pesan yang penting.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. dan "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. 



Ya ALLAH,, Kini, aku seolah-olah tidak mampu mencintai sepertinya? Allahumma sholli ala Muhammad wa baarik wa salim alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Bersalahnya diri ini...hari ini aku begitu dihimpit kesibukan sehinggakan aku gagal meluangkan satu masa khusus untuk berselawat dan mengingati hari kelahiran baginda... Namun aku segera betulkan niat sesungguhnya walaupun aku tidak dapat meluangkan masa khusus untuk memperingati baginda aku masih bersyukur kerana aku telah memenuhi hari kelahiran baginda dengan sunahnya..Permulaan pagiku disibukkan dengan syura moga ia dikira sebagai 1 ibadah dan 1 sunah dari baginda,,
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat nescaya Allah memberikan taufiq bagi memperelokkan urusan mereka.” [Riwayat at-Tabrani]selepas itu aku ke kedai tudung untuk mengambil tudung yang ditempah,,moga itu juga dikira sebagai 1 ibadah dan sunat kerana perniagaan juga 1 sunah rasulullah.
 Nabi S.A.W. turut bersabda dengan maksud "Kegiatan perniagaan adalah suatu kegiatan yang sangat dituntut kerana dalam kegiatan tersebut terdapat sembilan puluh peratus rezeki"  (Riwayat Tirmizi)
Dan sekarang aku dalam pergelutan mengejar masa untuk sampai ke LCCT,,moga ini juga dikira satu ibadah iaitu mengeratkan ukhwah untuk menghantar bestfriendku terbang ke Australia..
Sabda Rasulullah SAW bermaksud :Daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW bermaksud :Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, berseru di langit dengan kata-kata ; baik jiwa engkau dan baik pula perjalananmu, dan tersedia tempatmu di syurga
AYUH marilah sama-sama kita membuktikan cita kita pada rasulullah dengan mengamalkan sebanyak mungkit sunahnya.
 


Tuesday, February 1, 2011

teStInG2 sPeCiAl 4 mY bEsFrEn


Seindah Awan

Awan,
Kau terlalu cantik di mataku,
Kebiruanmu bisa membuatkan,
 aku sentiasa bersamamu.

Awan,
Aku percaya,
Kau sentiasa setia bersamaku,
Walau kau jauh dariku.

Namun,
Kadang-kadang kau muncul,
Kadang-kadang kau hilang,
Meninggalkanku tanpa sempat
 aku berkata-berkata.

Awan,
Walau apapun terjadi,
Kau akan tetap menjadi temanku,
Meredupi kepanasan mentari.
Terima kasih,
Awanku…